Shut the hell up
| Salam Alaykum |
Maaf jika kata-kata saya ini kurang enak yaah di dengar. wah, sejak akhir-akhir ni kata-kata saya semakin hebat. oh, mungkin sebab kem ituh. eh, maaf yahh. :P
Mama pun perasaan sampai hari tu dia cakap, "kenapa macam tegas ni?" wuh, sebab saya berubah ke arah kebaikan. ceh, trip taiko la kan orang cakap.
Nevermind lah sebab saya pun tidak tahu sebenarnya apa yang telah berlaku. rasa macam baru sekejap mata tertutup lepastuh bila buka mata, semua berubah. ah, macam 20 tahun koma lepastuh bila bangun semua berubah. tertanya-tanya di mana, apa yang berlaku.
Mood sekarang dengar lagu sedih-sedih macam saya pula putus cinta. haha.
Apa kena dengan sumandak ni?
Kalau dah namanya malas, ini lah entry paling membosankan.
Well, my phone are silent and, tiada line pula celcom ni sekarang! ah, apa yang terjadi ni celcom? tolongla, bila free, tak da line pula. kalau masa busy gila, ada line pula.
Hm, dunia-dunia. esok hari khamis. dan jumaatnya ada camp PPIM. actually tak sabar sangat sebab dah lama camp ppim ni tak ada. satu lagi, tahun lalu ada fc best, spoting like Kak Jineh etc etc but tahun ni tiada. bukan tak suka dengan fc baru maca form 6 tapi.... entahlah. sukar nak di gambarkan dengan jari. hihi. masa type entry ni, ketahuilah yang sememangnya tiada internet di rumah dan saya curi wi-fi orang sebelah. itu pun hanya 1 atau 2 bar per 5. cukup lambat bagi saya untuk loading. lepastuh ingatkan nak download software but, memang tak dapat. ini pun kejap ada kejap tak da. nak save draft pun susah.
"An error occurred while saving" <- yesss. blogger.com, sila faham yang saya tiada internet dan malas nak copy kat wordpad. haha. twitter saya sudah lama tidak di buka dan ada sesiapa rindukan saya? FB juga seperti itu. bukan penting pun kan.
Malam ni langsung tak text superman. saya tahu saya kejam. :P bukan dia fikir pasal saya pun. buat malu saja lah.
**Scroll ke atas**
Baru perasan yang tajuk entry pelik. tajuk entry ni dari lirik lagu Jessie J. haha. sebab tadi dengar lagu tuh.
**Tarik nafas untuk perenggan yang akhir**
Baiklah. panjang sangat entry ni dan rasanya tiada yang sanggup membaca.
Itu sahaja.
P/s : gambar kem baru ambil dari FB miss Nadia but, susah nak upload. haha. tiada internet. after okay internet nanti saya upload. doakan supaya ada internet minggu ni. :P
Kbaii.
Update : entry ini di tulis kelmarin, rabu :)
Comments