Posts

Showing posts with the label my-life

Turban, Dress, Maxi Dress, Vans..... Fashion put it all on me

Image
| Assalamulaikum | Entry kali ni rasanya saya gila. sebab balik-balik cari benda ni untuk raya. seh! haha. tapi memang raya pertama pakai baju kurung kan. penting untuk semua. apapun, this year, kakak saya akan kahwin so, saya rancang nak pakai maxi dress saja and high heels. :P Turban style! saya nak pakai tudung turban. agak keperempuanan sedikit :) Hana and Yuna.  Arghhh! i really like it yawwwww :) Okay, okay.. mula kumpul duit untu membeli semuanya. sekarang. mama pun cakap kena kumpul duit sendiri kalau kita betul-betul nak. my sist pun sekarang tengah busy siapkan semua persiapan untuk nikah and majlis resepsi. hihi. thats all.

i am the best!

Image
tidak di edit :) gambar di kebun | assalamualaikum | Hari ni saya ke kebun. ikut mama dan abah. sebab kalau tak pegikebun mereka mesti cakap anak-anak zaman sekarang malas nak pegi kebun. so, now.. saya buktikan! hihi. biasalah kalau kundasang kan. banyak kebun. hewhew. takhairan~ bunga entah apa nama :) Sepanjang di kebun,saya cuma ambil gambar dan tolong mama. best sangat sebab semua sepupu juga ikut. wew! hahaha. siap pakai stokin lagi Kalau dah lama tak datang kebun bada pun gatal-gatal, kepanasan. saya pakai topi. sepupu saya cakap macam pegi pantai pula nampak penampilan saya. haha. sebelum jalan! :") Saya rindu sangat zaman saya kanak-kanak sebab masa tu saya rajin datang kebun! Itu sahaja~ Kbaii ^_^ Gambar masa sindex akan di uplod nanti. nantikan :')

He Loves Me

Image
| Assalamualaikum | Well, hari ni sepatutnya rehat sebab kelmarin datang sekolah then kawan-kawan singgah rumah. penat dan sepatutnya hari ahad ini rehat, tidur dan makan tetapi memandangkan ada orang nak datang rumah so, tak dapat nak rehat yang cukup sebab busy bersihkan ruang tamu, dapur dan bilik-bilik. *tengok title* He Loves Me - Diva Movie, 702. best cerita ni. haha. tadi pagi tengok sebab menarik! cerita pasal Laura dan fantasinya. membunuh dua orang yang tidak sepatutnya bersalah. dia fikir dia ada suami dan suaminya mencintainya. haha. tapi seeeemuuuua tuh hanya fantasi. dia buat itu ini sebab nak bahagiakan family dia. padahal, dia tak berkeluarga malahan belum pun berkahwin. dia anggap Emily sebagai anaknya dan Nick sebagai suaminya dan... Sam sebagai affair. padahal semua tuh tidak ada! hanya fantasi. hebat cerita ni. best. hihi. Cinta - wujud dan fantasi. oleh itu saya selalu ingatkan pada diri saya, jangan dulu bercinta. haha. saya tidak mau hancurkan impian abah dan...

aku busy busy macam taiko

Image
kunci dan rantai sebagai model | Assalamualaikum | Hari ni mood macam taiko kembali. maaf penggunaan kata "aku" dalam entri kali ini. aku lebih senang gunakan aku bila mood macam taiko. :P Sepanjang sekolah ini, enjoy sahaja yang aku tahu. ketawa dan sedih, senyum dan menangis. ngee. yang lain tu aku cuma tambah-tambah agar kiasan entri kali ini nampak awsem eh, oh my english - awesome! Doakan kami masuk FINAL Sindex. amin. Terima kasih yang sudi click iklan saya. Jasa baik tuan , puan tidak dapat saya balas dengan wang ringgit. hanya kata-kata. InshAllah, bertambah pahala. aku bukanlah seorang perwira. Eh, apa yang terjadi hari ni? (Jumaat) ada sambutan hari guru peringkat sekolah. lambat sebab minggu sebelum cuti itu exam. hehehe. Maaf jika entri banyak gua mengarut. gua taiko malam ini. Ehhhhhh.... Tiada kaitan langsung! Puih! Enjoice - Link  (click jika rajin) TERIMA KASIH. Kbaiiiii~

hai?

Image
| Assalamualaikum | Hai, saya masih mood cuti Baca caption gambar di atas, masih lagi mood. cuti. haha. malas nak belajar, malas nak buat itu ini, malas nak buat homework. Di sekolah pun asyik enjoy bukan nak belajar. ingat nak happy tapi kalau belajar terus mengantuk. serius. kamu pun pernah rasa ni kan? Kalau saya memang ada mood mau belajar terus belajar tapi kalau tidak mau belajar terus mengantuk dan buat kerja pun tak siap. Hari tu, saya jalan dari kantin, nak balik ke kelas, then saya hampir terlanggar superman. nasib baik dapat cover. wkaka. Baiklah, tukar cerita pasal paper exam. saya dapat C- untuk pendidikan islam. and, ini first time! sebab banyak salah fakta. lain di tanya, lain saya jawab. sebenarnya saya bingung sebab cikgu tu baru mengajar di sekolah kami dan saya tidak berapa biasa dengan dia. kalau ustaz/zah yang lain, saya boleh ikut cara mengajar. hihi. tapi ini bukan alasan! hehe. next time kena hati hati dengan soalan. jangan over confident. HEHE. Baikl...

Relationshett.

Image
| Assalamualaikum | Tajuk entry sengal gitu. aku pun tak tau. jahat mulut hari ni dan.. my mum dah tahu yang aku minat kat budak hot di sekolah iaitu superman, bukan nama sebenar. yes, yes mama! aku minat kat dia. dah lama. dah setahun lebih. kami tak ada apa-apa hubungan mama. "gambar lelaki di bilik tu siapa punya?" - actually gambar tuh aku tulis I <3 YOU kau belakang then tulis nama dia then aku bagi ayat comey sikit. Hubungan aku dengan mamat tuh cuma kawan dan.. memang aku ada perasaan dengan dia tapi biarlah aku habis belajar dulu. alaa, muda lagi kan. 16 tahun. under age lagi sebenarnya. dia pun belum genap 18 tahun. Bercinta zaman sekolah ni best. orang yang cakap. bukan aku. aku sekadar share. aku cakap, 50/50 sebab kadang-kadang aku dengar best, tak best, pahit, manis, whatsoever lah. aku pun pernah bercinta juga. =.= well, tak bertahan sebab aku pun lama-lama boring dan yalahh, masa tuh ada peperiksaan yang teramat besar bagiku iaitu PMR. sekarang ni, honey...

Hey June - Please Be Nice To Me

Image
| Assalamualaikum | Yeay, june sudah ba kan? tidak sedar oh. cepat masa berlalu. dulu masih bulan january dan masa tu baru belajar dalam form 4 sekarang.... dah besar rupanya. haha. lagi beberapa bulan/minggu/hari nak bulan ramadhan. well, saya harap semuanya baik-baik. Amin. Ignored saja muka paling hudu itu. HAHA. Saya nak tukar layout!!!!! :'( Cepat bosan sungguh. ok, tak salah. cikgu saya bilang kalau tukar-tukar satu benda tu sebenarnya bukan tiada prinsip. mau cari keselesaan. samalah. saya mau cari sesuatu yang memang saya mau dan selesa dengan benda tu. ^_^ Okay, kalau nampak pelik saja blog ni, tak hairan lah. haha. sebab saya tukar. blogskins again! ^_^

Mood cuti : Photo photo

Image
| Assalamualaikum | Seperti biasa, update blog usang ni dimulakan dengan salam. Hello, salam 1 Malaysia, salam Ranau nombor satu. seh, ayat macam nak bagi ucapan depan pelajar. bajet pengetua =.=' Sepanjang cuti ni bosan. bosan dan sangat bosan. nak keluar rumah kena marah. so, better duduk diam sajalah. lepastuh semua kerja rumah belum lagi mula nak buat. maybe next week mula buat. "maybe" perkataan tuh yang belum tentu jadi atau tidak. haha. Satu perkara lagi, cuti ni saya selalu juga jaga Baby Pian. hihi. bukan anak buah tapi adik sepupu. jiran. tapi sangat biasa dengan kami. rumah pun di penuhi dengan mainan dia, baju dia dan makanan dia. macam rumah ni rumah kedua dia. haha. dia panggil mama saya, "nenek" . Itulah pian. haha. comel kan?! yes, macam saya =.= Thats all. Kbaii. *update!! : New skin again. saya buat sendiri. =.=' sebenarnya susah tapi berusaha sekeras hati untuk buat. thanks kepada semua yang bagi inspiration ^__^ komen saja ma...

Minggu Cuti : Hang Out

Image
| Assalamualaikum | Yess, saya keluar dengan orangorang yang saya cinta. wuiseh :') hihi. well, kami rasa awesome! HAHA. sebenarnya kami ke KG.Kibbas with Gemalai Kinabalu. mereka buat persembahan di sana. Flashmob and tarian etnik. saya jadi cameragirl. pelik ayat -.-'. This is Ain :) nice! Yang sebelah kiri tu macam siapa? haha. abg superman (gapis) with WinWind Hensem girl with Bbey :) Eyrss, Keds, Pats and ME :P Nanoe! Ndux! Ecouze -HENSEM GIRL NI SEMUA- Nanoe and Fahh :) Nikon D7000 :D Tyta and Bbey :D Tyta and Nduks! Lawaa! Girls.. Girls.. eh, ada hensem girl sana :D Opss, :) Magunatips :) Adik yang sangat SPORTING :D love. KFC KFC :) Cantik kan? Muka 10sin bilang Induks :D Nanoe and Induks again -Cantik ba durang!- Nice nice! petang sudah ni. haha. Sumandak Kinabalu betul! Semua cantikk baaaaaa!! :D HAHA. lawa? Itu sahaja. Kbaii. :-*

Random post 4

| Assalamualaikum | Setiap entri mesti title-nya random post. sebenarnya tiada idea mau bagi tajuk apa. otak dah habis berfikir untuk exam. ececeh. so far memang dapat jawab tapi saya gagal addmath dan.. sejarah. sejarah sebab apa? terbalik fakta. ahhhh... addmath tuh perkara biasa kalau gagal kan. Esok, 25 mei 2012 ada majlis penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar 2011 :') saya dapat juga anugerah ini untuk PMR. wew. seh, itupun bangga maka tiada-tiada. Last paper untuk hari ni, khamis ialah KIMIA kertas 2 yang sememangnya kami semua pelik sebab semua soalan lebih kurang sama. dia tanya maksud yang sama. "apakah maksud isotop?" "berapakah elektrovalens bagi gambar rajah tersebut?" "lukiskan graf melawan masa.... bla bla" see? itu sahaja soalan yang keluar. padahal study mati-mati nak ingat. hm. terima kasih Allah sebab permudahkan segalanya. Ujian lisan BI pun bermula tapi untuk lelaki sebab lelaki hari tu tidak ikut drama competition. =.= ...

Random post 3

| Assalamualaikum | "afifah, markah sejarah kamu ni, teruk!" via Cikgu Kamariah. yes, saya tahu. hihi. yang penting saya dah cuba kan. daripada langsung tak jawab paper kan lepastuh cepat siap lepastuh keluar awal. haha. jawab pun maybe hantam. saya memang mahir menghantam menjawab kalau exam :P Tadi exam KIMIA kertas 1 then masa minit pertama tuh memang semangat lagi nak jawab. sampailah beberapa soalan di tengah-tengah, saya tiba-tiba mengantuk. saya pun fikir soalan tuh ada 40 saja tapi sebenarnya 50! saya tidur dan terbangun masa azan solat zohor. cikgu bagitau yang masa tinggal 10 minit then saya berusaha buat. eeh, sapa suruh tidur kan. lastly siap juga. Sebenarnya hari ni saya puasa. puasa ganti tahun lalu. malar pula lapar. terhidu pula wangi ayam masa lalu depan kantin. tergugat juga iman kejap. sampai rumah, online kejap, baring terus tidur samapi jam 430 macamtuh. rasa macam masih awal. maghrib jam 626. lepastuh saya bangun, cuci muka, sejukkan air di peti sejuk...

Random post 2

| Assalamualaikum | Ahh. rasa malas nak update telah tiba sebab tangan saya malas menaip sebab satu lagi faktor adalah minggu ni masuk minggu ketiga exam. dan exam last mesti yang susah kecuali addmath. addmath dah jawab semua paper last week kalau tak silap. banyak paper bio dan kimia nak jawab then, kena jawab paper akaun =.=' banyak kan? yes, sebab saya ambil akaun bukan fizik. sebab apa ambil akaun? sebab saya suka mengira duit. heh =_='' nampak sungguh mata duitan tidak bertempat. mama pun cakap nanti bagus jadi akauntan kalau suka pegang duit. Apa yang menarik minggu ni? .... TIADA! hidup macam biasa, ketawa di sekolah, riang ria bersama kawan, enjoy, marah-marah budak lelaki dan.. happy teachers day to all! :-) termasuk my sir yang ajar tuition. hihi. Well well well. cuti on the way sudah sekarang dan saya bersedia! yess, sangat bersedia untuk bangun lambat after solat, tak cuci baju sekolah tiap hari, online tiap jam, makan tiap jam, keluar tiap hari kalau ada mo...

Suddenly

| Assalamualaikum | What to do ; 1. Tuition everyday except Saturday night. 2. Biology experiment report. 3. Bahasa Melayu ULBS. 4. yeayy, cuti :p Well, well.. inilah budak yang mausk kelas sains. selalu ada kerja. heh =___=' bukan menyesal tapi merungut. Masa awal tahun cikgu cikgu mesti cakap, budak sains kena rajin belajar! rajin dan rajin. kalau pemalas, buat surat hantar kat Penolong Kanan Pentadbiran mau keluar kelas sains. kalau betul-betul terpaksa, belajar lah sampai habis SPM. bukan rugi pun. kalau budak perdagangan lagi rajin, bagus durang yang ganti tempat dengan budak sains. Nah, sekarang mau malas-malas pun tidak buli. budak form4 bukan honeymoon. honeymoon lepas SPM lah. bukan juga untuk buat anak, gatal mau bercinta-cinta. bila cakap itu susah, ini susah then kena marah. "kamu pikir semua mata pelajaran senang ka??" urgh =.=" kenapa oh kenapa? Esseh, macam menyanyi. hihi. Tapi inilah hakikatnya!!! addmath susah masa exam padahal baru beberapa ba...

Idk, idk

Image
| Assalamualaikum | Syukur alhamdulillah, masih lagi menulis entri-entri yang agak comel loteh :P okay, saya bukan mati atau tutup blog. saya cuma kurang aktif menulis entry sebab eerrr, sebab.... saya exam lagi. tapi hari ni kan hari ahad so memang dapat online. Hm, saya asyik terdengar lagu Shaheizy Sam Ft Yana - Beginilah caranya and last-last saya jatuh cinta lagu itu. oi oi, siapa kata lagu melayu tak best? cewahh. kadang-kadang kena juga dengar lagu dari negara sendiri. jangan asyik nak sokong lagu kpop semua tu kan? ^__^ Kemarin pegi kk, tengok wayang. BATTLESHIP - di bintangi oleh Rihanna sebagai Raikes dan yang lain-lain. lupa nama pula. nak search google, okay, saya malas. haha. Mengisahkan kisah cinta dan askar yang memperjuangkan nyawa orang lain. oleh itu, saya bagi 5/5! tabik spring dekat pengarah sebab cerita tuh sangat menjadi. rasa nak nangis pula bila ending dia. best lah. rugi tak tengok. ceh. haha. ingatkan nak tengok Ice Age 4 masa tuh tapi tak apalah...

Ignored

Image
| Assalamualaikum | Selamat tengah hari semua. yeah, memang tak nak update pun tapi tangan ini gatal rasanya tidak menyentuh apa-apa dari blog. oleh itu, saya post entry ini :) bnayak cerita saya! hihi. 07 Mei 2012 : Everybodeh risau pasal exam. budak form 5 and 4. tapi budak form123 belum exam lagi. takut sangat bila nak duduk exam ni sebenarnya. masa pertama untuk 2 jam setengah itu adalah BAHASA MELAYU *yang wajib lulus . semua ketakutan. apa yang keluar?! ha?! ini?! naah~ begitulah dialog-dialog yang selalu kalau exam kan? eh, jangan tipu kamurang. saya tau ba. hihi. dapat jawab bah juga tu. Alhamdulillah ^___^ semua yang saya belajar ada keluar juga. kertas untuk jam seterusnya, BAHASA MELAYU II *rumusan, tatabahasa, novel-novel segala macam di sana. bingung-bingung mau jawab semua. serius! alaa, first time kan dalam form4. lain lah kalau sem 2 sudah. Masa pulang, "pypa, bila form 6 masuk oh?" saya pun heran-heran. "entah. bisuk kali tu" seeem...

Nonsense

Image
| Salam Alaykum | Pagi ni rasa mau tukar sim card hp. entah kenapa boleh terfikir begitu. padahal simcard lama ni mau 3 tahun sudah guna. its okeh. perkara normal jika kita mau tukar sesuatu benda. cepat bosan. Malam tadi langsung tiada text superman. yes, saya rindukan dia walaupun baru kelmarin jumpa. masa mau tidur pun sempat lagi tinguk hp sebab manatau ada sms tapi tiada. ah, malas lah. Telefon lama untuk back-up Kbaii.

Life like this

Image
| Salam Alaykum | Huh, terima kasih kepada yang masih membaca blog saya ini walaupun akhir-akhir ini sudah ada habuk. shh, tapi sudah di baiki semula dengan makeover semuanya :P tukar lagi sebab yang lama bosan. Eh, Alhamdulillah. I am still alive. thank you Allah! Bukan mahu meninggi diri atas kehidupan saya tetapi ini lumrahnya. internet connection sudah OKAY! dan tadi mau download gambar dari FB miss Nadia untuk gmbar kepimpinan but, dia privatekan so, tidaklah dapat. hm. Page SMK Kundasang pun belum upload lagi gambar ni. Minggu ni sibuk dengan baaaanyakk aktiviti outdoors. Petrosains, koir dan macam-macam lagi lah. petrosains baru mau kasi siap last minute. btw, thanks to all yang bantu saya :) terutama partner saya, Syahirah dan PONSIKOU DI TOGUMU to my beloved teacher, Madam Norhaida :D Penat dengan semuuuuaaa kerja-kerja tidak tentu pasal, hari ni legakan otak sikit dengan online. entah mau buat apa depan lappy. masa tiada internet bosan, masa ada macam tidak m...

kenapa saya harus menipu?

Image
| Salam alaykumm | Norafifah Binti Roshman masih hidup. masih dan masih. jangan salah tafsir. maaf sebab akhir-akhir tidak mnejenguk blog kalian, comment dan what so ever yang sama waktu dengannya. ini di sebabkan kesibukan yang melanda tambahan pula, rumah saya tiada internet connection dan yahh... saya sangat bosan bila balik dari sekolah Masa ikut kem PPIM hari tu memang best dan best. kumpulan saya sekali lagi johan. aww, terima kasih semuanya! mmuah. hihi. masa jalan malam, saya bertext dengan superman. masa tuh saya takut sebab sekolah saya kan boleh dikatakan besar dan tidak lah besar yang kamu sangka. hihi. tapi menakutkan bangunan dia. errr, entah. banyak pelajar yang telah melihat andengan pelik. haha. Superman kasi takut saya. punya saya takut sebenarnya. saya jalan dengan kawan saya juga, Savtie then kami berzikir ingat Allah sebab hanya Allah yang dapat melindungi kita kan dari apa saja. hu, nasib baik tiada apa-apa. Apa yang terjadi sepanjang minggu ini ...

Kem Kepimpinan Siri 1 Tahun 2012

| Salam Alaykum To All | Ah. kepergian saya membuatkan anda rindu tentang entry? actually mahu post automatic but saya tak sempat nak online sebab saya ikut kem kepimpinan SM Kundasang. aww. sungguh awesome dan saya suka kannya. memang rasa mencabar siot sebab apa? kena bangun awal. rehat tak cukup, mandi tak sempat, mkan tak sempat. balik-balik latihan kawad. haha. btw, Thanks to all. cikgu, fc dan kawan-kawan saya. Team saya, kumpulan 4 dan kami bagi nama POKOK OAK tapi orang salah anggap jadi POKOOK. haha. team saya sungguh sporting siot dan memang saya harapkan yang seperti itu. Ahli kumpulan pokok oak, Bolo (Elfeona), Ichie (Lia Nikma), Nuna (Elvyrona), Elny (Alny Elny), Zar (Zarinna), Pypa (Opkoss, ME!), Sarah (Sarah Atifah), Farah (Farhani), Isadi (Isadi - Ketua Kumpulan!!) and Shaz (Shazwie) Yell kami, Heyy kamu! yang lagi tidur, BANGUN !  Lepas tuh semua kumpulang ikut hey kamu bila nampak kami. siok betul. saya sayang ahli kumpulan saya *feeling pula. time perhimpunan...

best cousin

Image
| Salam Alaykum | Ahh. rasanya macam deah bertahun-tahun tak jumpa. last jumpa ari tuh masa hantar kakak pegi KKIA then tak jumpa lagi. oh god, how i miss you. now, dia tinggal asrama. alaa, biasalah dia kan sekolah agama. We were so close together. i dont know how to tell you here but, the fact is we love our relationship. i am sorry for hurtingyou last year babeh. :)) Sejak dari dia lahir memang saya sukakan dia. masa saya setahun, saya ada nampak gambar dia bersama saya. wew. memang kami rapat lah. pada tahun 2004, saya darjah 2, dia darjah 1 dan baju raya kamai pada masa itu memang sama. Bila dah besarni kalau jumpa mesti sama-sama. share story lah kan. kami suka ketawa actually :) Ehh wait. siapa nama dia? haha. SARAH ATIKAH JOHN :) Love you babeh :-* Btw, malam ni saya dan superma tak text. ah, rasa macam nak buang hp ni saja. i am so  freaking miss him LOL